PENDAHULUAN

Masyarakat Islam pada masa ini dahagakan role model, yang boleh diikut sebagai panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Sebagai seorang mukmin dan mukminat yang berpegang teguh pada ajaran Islam, kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber utama untuk dijadikan panduan. Dalam Islam itu sendiri telah menunjukkan satu bentuk kepimpinan untuk dipraktikkan iaitu kepimpinan Islam. Dalam konteks ini Rasulullah S.A.W mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dengan hal-hal kepimpinan dimana baginda sebagai pemimpin yang unggul dalam semua keadaan kepimpinan termasuk kepimpinan pentadbiran negara dan politik Islam yang mengutamakan Islam dan hak kemanusian daripada kepentingan individu. Sirah kehidupan baginda sering ditulis oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, sama ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak hairan lah jika Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia. Sirah baginda mempunyai keistemewaan yang seharusnya dilihat oleh pemimpin sekarang, terutama yang melibatkan hal-hal kepimpinan.. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).' (Al-Ahzab: 21) Oleh yang demikian, kita dapat melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam kehidupan seharian kita.